Tuesday 4 August 2015

Pengalaman Ujian Fizikal Pengambilan Inspektor Polis 2015

Hai semua, selamat petang.. Walaupun sakit urat satu badan  tapi mood untuk menulis blog berkobar-kobar setelah lama tidak menulis. hehe. Sebenarnya hari ni tak adalah cerita yang menarik cuma Eyla nak share dengan semua mengenai Ujian Fizikal Pengambilan Inspektor Polis 2015. Ada siapa-siapa dapat tak? Pada 03 Ogos 2015 (semalam) Eyla ada menghadiri ujian fizikal untuk pengambilan inspektor polis 2015. Fuh, siapa yang tak kuat stamina memang boleh pitam dibuatnya! Ni antara pengalaman Eyla sepanjang menghadiri Ujian Fizikal Pengambilan Inspektor Polis 2015

- Mula-mula pagi tu dalam pukul 8.00 macam tu petugas polis memberi taklimat untuk semua calon. 
- Lepas taklimat calon diasingkan antara lelaki dan wanita (sebab lepas ni nak kena pakai seluar pendek dan baju t-shirt so aurat wanita lelaki mana boleh lihat kan! hehe)
- Calon wanita diarahkan untuk tukar baju lengan pendek dan seluar pendek untuk pemeriksaan anggota badan.
- Petugas polis wanita akan memeriksa dari atas sampai bawah anggota badan kita ni dan tak boleh ada patah. Kalau patah confirm reject terus!
- Kalau dah lepas step ni mereka nak tengok cara kita berjalan dan berkawad. Kalau boleh buat sebaik yang mungkin. Dan paling penting tangan mesti lurus. Jangan bagi mereka tegur mengenai tangan. 
- Lepas dah siap step, ni mereka nak tengok kita berlari dalam 5 kali ulang-alik. Memang tak susah tapi penat oii!!
- Dah siap lari mereka terus suruh kita buat senaman yang tekan tubi, bangun tubi, lepas tu ada satu lagi senaman tapi Eyla lupalah. hehe 
- Lepas buat semua tu, ready untuk larian 2.4 km. Yang lari ni memang rasa nak pengsan kot dah lah lari dalam pukul 1.30 tengahari. Tapi, alhamdulillah semua ujian diatas tu lepas cuma keputusan belum diumumkan lagi. Kalau dapat alhamdulillah, kalau tak dapat pun tak apa, bukan rezeki kan. Hihi

pdrm

3 comments:

  1. assalamualaikum puan... sy akan menduduki ujian fizikal nanti... jika rabun masih diterima ke?? yg larian 2.4km tu di tetapkan masa?? atau sekadar berlari? ujian yg mana yg ditetapkan masa dan bilangan? maaf bertanya puan

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy pun dapat jugak..14/11/17 ni sy kene pergi. tp sy ada masalah rabun..hehe. pakai lens jer..

      Delete
  2. Assalamualaikum .. mana mahu dpt contoh soalan MIT .. adoii .. takut ni .. dgr member cerita .. soalan pelik-pelik .. tlg .. mana mahu cari ..

    ReplyDelete

Resepi Tart Cadbury Mudah dan Sedap

Alhamdulillah... Berhabuk dah pun blog ni, setelah lama tak update apa-apa. Jadi, malam ni terdetik nak share resepi biskut raya la pu...

TOPS POST